10 - 12 November - journey to tawau again! hoyeeehhhh!!! Opsss....pergi bekerja yek Cik Nurrul! bukan makan angin :p
SYMP - nak buat camne dah kena follow bos untuk buat kerja. First tu memang rasa berat je nak pergi sebab 'outstation' time tak de gaji. Faham-faham je la...lepas tu pulak aku sorang je perempuan yang kena follow. hmmm....first time outstation sengsorang perempuan. Mati kutu la sikit sebab tak de geng! sobb...sobbbb :(
Ahad jam 2.30 petang bertolak ke Tawau. Perjalanan lebih kurang 2 1/2 jam. Bosan betul! Nasib bawa novel dan dapat seat sebelah tingkat. So, boleh juga layan perasaan sambil tengok-tengok awan. hehe..
Hari kedua di Tawau, mula la operasi lawatan tapak. Heheee.....Sebelum gerak ke Semporna, breakfast dulu dengan 'mee tauhu', antara menu yang femes kat Tawau (orang kata la). Aku tengok mee goreng biasa je cuma ada tambahan tauhu yang dimasak dengan taucu. Rasanya boleh la...sebab aku kureng sikit masakan taucu ni.
Mee Tauhu |
First, menuju ke Pulau Sipadan. View memang cantik la. Pulau ni x de chalet, hanya sebagai tempat transit je untuk pelancong-pelancong pergi scuba diving (Yang ada pos tentera je kat pulau ni). Kebanyakkan yang datang mat saleh dan minah saleh. Pulau Sipadan ni tak besar mana pon, boleh jalan kaki pusing pulau. Alamakkk....baru perasan time ni la bateri fon nak abis. Tak dapat amik pic banyak-banyak. So, terpaksa mintak belas ehsan amik pic guna fon orang lain. hehe....nasib!
Lepas Sipadan, terus ke Pulau Kapalai. Wahhh...view lagi cantik sebab pulau ni tak ada dataran. Tengok air laut biru hijau, jernih gila dan nampak macam cetek tapi agak dalam sebenarnya. Chalet ni atas terumbu karang, toleh kanan dan kiri memang akan nampak laut je la. Dengar harga chalet ni agak mahal, cecah RM 1000++. Mahalnya! Dan pulau ni kalau saja-saja nak pergi melawat atau menjenguk, memang tak dibenarkan. Kiranya, kena menginap chalet baru boleh pusing pulau ni. hehe...kire aku bernasib baik la ^_^
Selepas siap makan mee (alahaii....mee lagi! muak sudah) terus destinasi terakhir iaitu ke Pulau Mabul. Chalet dibuat atas air juga macam di Kalapai tapi pulau ni ada dataran dan ada penduduk. Singgah bergambar je sebab cuaca dah makin gelap. Tak sempat nak meronda-ronda. Siap 'posing' jap terus gerak ke Semporna dan balik semula ke hotel di Tawau.
Selepas siap makan mee (alahaii....mee lagi! muak sudah) terus destinasi terakhir iaitu ke Pulau Mabul. Chalet dibuat atas air juga macam di Kalapai tapi pulau ni ada dataran dan ada penduduk. Singgah bergambar je sebab cuaca dah makin gelap. Tak sempat nak meronda-ronda. Siap 'posing' jap terus gerak ke Semporna dan balik semula ke hotel di Tawau.
Malam tu tido nyenyak tak ingat apa dah gara-gara penat seharian berjalan. Esoknya pulang ke Kuala Lumpur. Time tu la baru nak rindu 'bantal peluk' kat rumah. Rindu.....ahakkkssss :p
No comments:
Post a Comment