Monday 30 September 2013

• Penghujung September •


Macam - macam hal yang berlaku dalam hidup aku di penghujung September ni. 

~ Semalam, housemate merangkap pengantin baru dah 'angkut' semua barang. Bila tengok bilik kosong....terasa sedih kena tinggal sengsorang :(   Padahal bukan x biasa pon, stay sorang diri sebelum ni. Sorang-sorang pindah keluar. Tapi dalam rasa sedih aku tumpang gembira sebab housemate aku dah kahwin! So dah ada orang tolong 'jaga'kan. Tinggal la aku.....huk huk. Ok, masa untuk cari new housemate! :p


~ Awal-awal pagi ni pulak dah rasa lemah semangat sebabnya on the way pergi kerja, nyaris-nyaris nak x-cident. 2 kali lak tu....orang nak langgar. Apa comel sangat ke kereta aku tu yang sampai orang boleh x nampak? tapi alhamdulillah nothing happen. Sila berhati-hati (peringatan untuk diri sendiri jugak!)

~ Tengah mem'bz' kan diri buat kerja, tetiba dapat tahu kawan aku x dapat sambung kontrak kerja kat sini lagi. Hmmm....sedihnya rasa. Mahu x nya, dia merupakan salah sorang yang aku rapat. Dah anggap macam adik sendiri dah. Bile kena outstation memang selalu pergi bersama-sama....makan sama, ambil gambar bersama, ushar pakwe sama-sama, tidur sebilik (sebantal je x pernah lagi hahaaa). Hmmm....banyak betul kenangan bersama. Rasa masa berlalu terlalu pantas...... Apa pon, gud luck 4 you! Mungkin rezeki kau di tempat lain. 



*** Sabar la wahai hati.....moga dapat tempuhi Oktober dengan penuh senyuman. I'll try to think +ve and be +ve. Insya-allah   ^_* 


Friday 27 September 2013

• 1 minit •


1 minit ....

Penangannya amat kuat dalam hidup aku especially dari hari Isnin sampai Jumaat. Sebabnya....1 minit tu lah boleh sebabkan aku lambat nak thumbprint. Bila lambat 1 minit, muncul lah angka 8.01 dekat laporan biometrik aku. Oh tidakkkk!!!! itulah benda yang aku cuba elakkan. Maybe opis orang lain x ada hal sangat lewat seminit dua ni tapi kat opis aku ni, x ada maknanya! 


Tapi kadang-kadang tu termuncul gak 8.01. Bukan aku sengaja nak datang lambat tapi aku memang tak suka sampai awal-awal. Bukan kena bukakan pintu opis pon. hehe...Selalunya aku akan sampai dekat opis ngam-ngam or cun je masa untuk thumbprint.


So bila tengok jam hampir ke 8.00 pagi tu start la emosi jadi x begitu stabil. Mula la rasa nak marah dan maki orang di pagi hari. Silap-silap bertukar jadi ADUDU kejap. Mana tak nya, kekadang tu syok-syok aku pecut laju tetiba ada pulak yang bawa kereta macam siput! 


"Woittttt.......aku dah lambat la! Ko nak pergi makan angin ke apa? Terhegeh-hegeh!" ---- hampir setiap pagi aku akan membebel sorang-sorang dalam kereta sambil follow rapat sikit dengan kereta depan aku, petanda suruh tekan minyak lebih sikit. Laju la woiiiit....


Lagi satu hal, aku memang cukup bengang dengan orang yang terhegeh-hegeh nak parking ikot 'bontot' kereta dulu. Keluar-masuk petak kereta tu mahu dekat 10 kali kot! Dua tiga kali tu boleh dimaafkan lagi. Agak-agak la orang lain pulak nak tunggu ko siap parking! Silap-silap haribulan boleh jammed. Bersusun kereta dok tunggu ko sorang siap parking. So dah tahu x berapa nak expert, x payah la nak parking style camtu atau bagi la laluan dulu dekat kereta-kereta lain. Disebabkan ko 'keluar-masuk' petak kereta tu dekat 10 kali la....boleh sebabkan aku lambat nk thumbprint. 


1 minit pon amat berharga la woiii!!!! 


~menguji kesabaran betul di pagi hari! sabar...sabar dan sabar ~



• just give me a reason •


 Just give me a reason 
 Just a little bit's enough 
 Just a second 
 We're not broken just bent 
 And we can learn to LOVE again! 





Tuesday 24 September 2013

• I care •

I care all about u . . . .
I care even u dont know . . . .
I really care . . . .



• Terjah Melaka! •


1 Sept 2013 | Ahad

Hari minggu tiba lagi. Macam biasa mata ni cepat je nak celik! Time hari kerja macam digam-gam pulak. Memang hampeh!!


Aktiviti biase kat rumah sewa ni adalah tengok tv. Sampai kadang-kadang tu tv tengok aku balik. Tengah rileks dok tengok tv sambil ber'wasap' tetiba kawan aku, sha ajak berpiknik. Cantek gak idea tu! Yang x boleh blah-nya, plan asal ke morib pastu tukar ke PD. Last-last ke MELAKA. Gigih! Sebabnya hari  ini adalah hari ahad dan jam menunjukkan angka 11. . . . macam esoknya hari isnin x perlu bekerja. 


X tunggu lama terus aku mandi dan bersiap-siap. Kali ni rasa lain sikit gara-gara sha tetiba ajak pakai skirt. Owhhh . . . . sungguh sopan dan gegurl rasanya! Maklum la sebelum ni dah biase konsep simple je, jeans + tshirt. 


Lepas sha pick up aku di putrajaya kami pon terus speed ke Melaka. Tengah best bergosip dalam kereta tetiba hujan. Errr . . . .hujan! Memang dah perasan awan gelap dari tadi tapi redah saja lah dengan harapan hujan akan cepat berhenti. Walaupon hujan misi akan tetap diteruskan.


Tiba di melaka, nasib kami agak baik sebab hujan renyai-renyai. Dengan berkongsi payung pink hak milik sha terus kami redah mencari port makan. Lapar sungguh! Perut dah berlagu-lagu dari tadi seiring hujan yang turun. 


Bila perut dah kenyang baru la senang hati nak berjalan. Okeyy . . . .masa untuk pusing-pusing dan bergambar! 


Klikk! Klikk! Klikkkk!!








Destinasi kami >>>  Jonker walk, Kota A Famosa, Kampung Morten, Muzium Samudera Kapal Besar.


Puas berjalan dan bergambar sampai lenguh-lenguh kaki baru la nak egat jalan pulang! opsss . . . .lupe esok kena kerja! ok . . . . kembali fokus bekerja sehingga bertemu weekend lagi. Yang pasti edisi terjah melaka ni best! happy! :)

Monday 23 September 2013

• try n error •

Aaa test . . . . test . . . 

Test lagi...


Yeayyy!!! Akhirnya wujud gak blog ni lepas gigih aku 'godek'. Tetiba je rasa gedixs nak ada blog (siap ajak member skali buat blog sama-sama), padahal bukan minat menulis atau mengarang pon. Time sekolah dulu pon sikit punya 'berchenta' nak cukup kan patah perkataan dalam karangan. Dapat pulak time yang memang x de idea memang silap2 dari karangan bertukar jadi lukisan gamaknya. Tu pon kalau menjadi lukisan . . . kalo x mmg aku lukis orang lidi je la.


So dalam blog ni aku belasah je la susun ayat ikot sesedap rasa aku. Janji blog aku! Lagipon suka-suki je buat blog. Hehee . . .  ^_^