Friday, 27 September 2013

• 1 minit •


1 minit ....

Penangannya amat kuat dalam hidup aku especially dari hari Isnin sampai Jumaat. Sebabnya....1 minit tu lah boleh sebabkan aku lambat nak thumbprint. Bila lambat 1 minit, muncul lah angka 8.01 dekat laporan biometrik aku. Oh tidakkkk!!!! itulah benda yang aku cuba elakkan. Maybe opis orang lain x ada hal sangat lewat seminit dua ni tapi kat opis aku ni, x ada maknanya! 


Tapi kadang-kadang tu termuncul gak 8.01. Bukan aku sengaja nak datang lambat tapi aku memang tak suka sampai awal-awal. Bukan kena bukakan pintu opis pon. hehe...Selalunya aku akan sampai dekat opis ngam-ngam or cun je masa untuk thumbprint.


So bila tengok jam hampir ke 8.00 pagi tu start la emosi jadi x begitu stabil. Mula la rasa nak marah dan maki orang di pagi hari. Silap-silap bertukar jadi ADUDU kejap. Mana tak nya, kekadang tu syok-syok aku pecut laju tetiba ada pulak yang bawa kereta macam siput! 


"Woittttt.......aku dah lambat la! Ko nak pergi makan angin ke apa? Terhegeh-hegeh!" ---- hampir setiap pagi aku akan membebel sorang-sorang dalam kereta sambil follow rapat sikit dengan kereta depan aku, petanda suruh tekan minyak lebih sikit. Laju la woiiiit....


Lagi satu hal, aku memang cukup bengang dengan orang yang terhegeh-hegeh nak parking ikot 'bontot' kereta dulu. Keluar-masuk petak kereta tu mahu dekat 10 kali kot! Dua tiga kali tu boleh dimaafkan lagi. Agak-agak la orang lain pulak nak tunggu ko siap parking! Silap-silap haribulan boleh jammed. Bersusun kereta dok tunggu ko sorang siap parking. So dah tahu x berapa nak expert, x payah la nak parking style camtu atau bagi la laluan dulu dekat kereta-kereta lain. Disebabkan ko 'keluar-masuk' petak kereta tu dekat 10 kali la....boleh sebabkan aku lambat nk thumbprint. 


1 minit pon amat berharga la woiii!!!! 


~menguji kesabaran betul di pagi hari! sabar...sabar dan sabar ~



6 comments:

  1. Alamak! Cam aku je si siput tu...bwahahaha... erk..panik mokcik tau!

    ReplyDelete
  2. Hahaa...dun wori! Ko langsung x de kena mengena dlm story aku ni. Heheee..sejak bile ko bw kete cam si siput? Tgk ko drive cam boley masuk F1 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bwahaha.,.carut! Bwerk... saja la aku nk involved gak dlm story ko..auwww..,

      Delete
    2. hahhaha....oh! apa sajalah! :p

      Delete
  3. terima kasih kerana menjadi kawan 'jogging' ku di pagi hari..heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jogging ek? hmmm.....bagus gak tu. +ve ^_^

      Delete