1 Sept 2013 | Ahad
Hari minggu tiba lagi. Macam biasa mata ni cepat je nak celik! Time hari kerja macam digam-gam pulak. Memang hampeh!!
Aktiviti biase kat rumah sewa ni adalah tengok tv. Sampai kadang-kadang tu tv tengok aku balik. Tengah rileks dok tengok tv sambil ber'wasap' tetiba kawan aku, sha ajak berpiknik. Cantek gak idea tu! Yang x boleh blah-nya, plan asal ke morib pastu tukar ke PD. Last-last ke MELAKA. Gigih! Sebabnya hari ini adalah hari ahad dan jam menunjukkan angka 11. . . . macam esoknya hari isnin x perlu bekerja.
X tunggu lama terus aku mandi dan bersiap-siap. Kali ni rasa lain sikit gara-gara sha tetiba ajak pakai skirt. Owhhh . . . . sungguh sopan dan gegurl rasanya! Maklum la sebelum ni dah biase konsep simple je, jeans + tshirt.
Lepas sha pick up aku di putrajaya kami pon terus speed ke Melaka. Tengah best bergosip dalam kereta tetiba hujan. Errr . . . .hujan! Memang dah perasan awan gelap dari tadi tapi redah saja lah dengan harapan hujan akan cepat berhenti. Walaupon hujan misi akan tetap diteruskan.
Tiba di melaka, nasib kami agak baik sebab hujan renyai-renyai. Dengan berkongsi payung pink hak milik sha terus kami redah mencari port makan. Lapar sungguh! Perut dah berlagu-lagu dari tadi seiring hujan yang turun.
Bila perut dah kenyang baru la senang hati nak berjalan. Okeyy . . . .masa untuk pusing-pusing dan bergambar!
Klikk! Klikk! Klikkkk!!
Destinasi kami >>> Jonker walk, Kota A Famosa, Kampung Morten, Muzium Samudera Kapal Besar.
Puas berjalan dan bergambar sampai lenguh-lenguh kaki baru la nak egat jalan pulang! opsss . . . .lupe esok kena kerja! ok . . . . kembali fokus bekerja sehingga bertemu weekend lagi. Yang pasti edisi terjah melaka ni best! happy! :)
Puas berjalan dan bergambar sampai lenguh-lenguh kaki baru la nak egat jalan pulang! opsss . . . .lupe esok kena kerja! ok . . . . kembali fokus bekerja sehingga bertemu weekend lagi. Yang pasti edisi terjah melaka ni best! happy! :)
oiii...biler masa payung hijau aku tuko pink karerrrrrr...??? huk huk *bwerk
ReplyDeletealamak! silap kaler lak hahahha
Deleteterkenang payung pink yee... eheeee... nnt aku cat payung hijau tu ok...#lalala
ReplyDeleteok! i miss my pink umbrella huk...hukkk....ntah hilang kemana dah :(
DeleteBuy the new one..lol. Just let go the old one... the payung was run away from u...ahaks! Sbb tu missing in action...
ReplyDeletehmmm . . . ok i will buy new one! moga payung yang hilang tu selamat dgn tuan yang baru. huhu
Delete