Friday, 27 September 2013

• just give me a reason •


 Just give me a reason 
 Just a little bit's enough 
 Just a second 
 We're not broken just bent 
 And we can learn to LOVE again! 





Tuesday, 24 September 2013

• I care •

I care all about u . . . .
I care even u dont know . . . .
I really care . . . .



• Terjah Melaka! •


1 Sept 2013 | Ahad

Hari minggu tiba lagi. Macam biasa mata ni cepat je nak celik! Time hari kerja macam digam-gam pulak. Memang hampeh!!


Aktiviti biase kat rumah sewa ni adalah tengok tv. Sampai kadang-kadang tu tv tengok aku balik. Tengah rileks dok tengok tv sambil ber'wasap' tetiba kawan aku, sha ajak berpiknik. Cantek gak idea tu! Yang x boleh blah-nya, plan asal ke morib pastu tukar ke PD. Last-last ke MELAKA. Gigih! Sebabnya hari  ini adalah hari ahad dan jam menunjukkan angka 11. . . . macam esoknya hari isnin x perlu bekerja. 


X tunggu lama terus aku mandi dan bersiap-siap. Kali ni rasa lain sikit gara-gara sha tetiba ajak pakai skirt. Owhhh . . . . sungguh sopan dan gegurl rasanya! Maklum la sebelum ni dah biase konsep simple je, jeans + tshirt. 


Lepas sha pick up aku di putrajaya kami pon terus speed ke Melaka. Tengah best bergosip dalam kereta tetiba hujan. Errr . . . .hujan! Memang dah perasan awan gelap dari tadi tapi redah saja lah dengan harapan hujan akan cepat berhenti. Walaupon hujan misi akan tetap diteruskan.


Tiba di melaka, nasib kami agak baik sebab hujan renyai-renyai. Dengan berkongsi payung pink hak milik sha terus kami redah mencari port makan. Lapar sungguh! Perut dah berlagu-lagu dari tadi seiring hujan yang turun. 


Bila perut dah kenyang baru la senang hati nak berjalan. Okeyy . . . .masa untuk pusing-pusing dan bergambar! 


Klikk! Klikk! Klikkkk!!








Destinasi kami >>>  Jonker walk, Kota A Famosa, Kampung Morten, Muzium Samudera Kapal Besar.


Puas berjalan dan bergambar sampai lenguh-lenguh kaki baru la nak egat jalan pulang! opsss . . . .lupe esok kena kerja! ok . . . . kembali fokus bekerja sehingga bertemu weekend lagi. Yang pasti edisi terjah melaka ni best! happy! :)

Monday, 23 September 2013

• try n error •

Aaa test . . . . test . . . 

Test lagi...


Yeayyy!!! Akhirnya wujud gak blog ni lepas gigih aku 'godek'. Tetiba je rasa gedixs nak ada blog (siap ajak member skali buat blog sama-sama), padahal bukan minat menulis atau mengarang pon. Time sekolah dulu pon sikit punya 'berchenta' nak cukup kan patah perkataan dalam karangan. Dapat pulak time yang memang x de idea memang silap2 dari karangan bertukar jadi lukisan gamaknya. Tu pon kalau menjadi lukisan . . . kalo x mmg aku lukis orang lidi je la.


So dalam blog ni aku belasah je la susun ayat ikot sesedap rasa aku. Janji blog aku! Lagipon suka-suki je buat blog. Hehee . . .  ^_^