Wednesday, 16 April 2014

• L.I.F.E •





I've lived, I've loved,

I've lost, I've missed,


I've hurt, I've trusted,


I've made mistakes 


But most of all


I've learned    ;) 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Monday, 30 December 2013

• i'm fine •


it's hurt ...
it's so difficult ...
it's sad ...

~ but I hope everthing gonna be ok ~


Tuesday, 19 November 2013

• tawau - sipadan - kapalai - mabul •


10 - 12 November - journey to tawau again! hoyeeehhhh!!! Opsss....pergi bekerja yek Cik Nurrul! bukan makan angin :p

SYMP - nak buat camne dah kena follow bos untuk buat kerja. First tu memang rasa berat je nak pergi sebab 'outstation' time tak de gaji. Faham-faham je la...lepas tu pulak aku sorang je perempuan yang kena follow. hmmm....first time outstation sengsorang perempuan. Mati kutu la sikit sebab tak de geng! sobb...sobbbb :(

Ahad jam 2.30 petang bertolak ke Tawau. Perjalanan lebih kurang 2 1/2 jam. Bosan betul! Nasib bawa novel dan dapat seat sebelah tingkat. So, boleh juga layan perasaan sambil tengok-tengok awan. hehe..


Sampai Tawau pon dah lewat petang, terus check-in hotel. Tengok jam baru pukul 6 petang tapi kat Tawau ni cuaca dah gelap macam time maghrib kat semenanjung. Lepas siap-siapkan diri, malam tu juga terus buat kerja. Urusan rasmi......

Hari kedua di Tawau, mula la operasi lawatan tapak. Heheee.....Sebelum gerak ke Semporna, breakfast dulu dengan 'mee tauhu', antara menu yang femes kat Tawau (orang kata la). Aku tengok mee goreng biasa je cuma ada tambahan tauhu yang dimasak dengan taucu. Rasanya boleh la...sebab aku kureng sikit masakan taucu ni.


Mee Tauhu

Lepas breakfast dan selesai urusan rasmi di Tawau, baru la gerak ke Semporna. Yeaaayy....rasa macam pulau-pulau tu dah memanggil-manggil pulak. 

First, menuju ke Pulau Sipadan. View memang cantik la. Pulau ni x de chalet, hanya sebagai tempat transit je untuk pelancong-pelancong pergi scuba diving (Yang ada pos tentera je kat pulau ni). Kebanyakkan yang datang mat saleh dan minah saleh. Pulau Sipadan ni tak besar mana pon, boleh jalan kaki pusing pulau. Alamakkk....baru perasan time ni la bateri fon nak abis. Tak dapat amik pic banyak-banyak. So, terpaksa mintak belas ehsan amik pic guna fon orang lain. hehe....nasib!



Lepas Sipadan, terus ke Pulau Kapalai. Wahhh...view lagi cantik sebab pulau ni tak ada dataran. Tengok air laut biru hijau, jernih gila dan nampak macam cetek tapi agak dalam sebenarnya. Chalet ni atas terumbu karang, toleh kanan dan kiri memang akan nampak laut je la. Dengar harga chalet ni agak mahal, cecah RM 1000++. Mahalnya! Dan pulau ni kalau saja-saja nak pergi melawat atau menjenguk, memang tak dibenarkan. Kiranya, kena menginap chalet baru boleh pusing pulau ni. hehe...kire aku bernasib baik la ^_^






Selepas siap makan mee (alahaii....mee lagi! muak sudah) terus destinasi terakhir iaitu ke Pulau Mabul. Chalet dibuat atas air juga macam di Kalapai tapi pulau ni ada dataran dan ada penduduk. Singgah bergambar je sebab cuaca dah makin gelap. Tak sempat nak meronda-ronda. Siap 'posing' jap terus gerak ke Semporna dan balik semula ke hotel di Tawau. 




Malam tu tido nyenyak tak ingat apa dah gara-gara penat seharian berjalan. Esoknya pulang ke Kuala Lumpur. Time tu la baru nak rindu 'bantal peluk' kat rumah. Rindu.....ahakkkssss :p

Tuesday, 8 October 2013

• tanda tanya •


Ketika ini...
Saat ini....

Sendirian lagi
Detik yang ku jalani
Suka duka dihati
Pahit manis aku tempuhi
Kosong... jiwaku rasai

Perlukah begini
Sehingga kini tiada jawapan yang pasti...



Monday, 30 September 2013

• Penghujung September •


Macam - macam hal yang berlaku dalam hidup aku di penghujung September ni. 

~ Semalam, housemate merangkap pengantin baru dah 'angkut' semua barang. Bila tengok bilik kosong....terasa sedih kena tinggal sengsorang :(   Padahal bukan x biasa pon, stay sorang diri sebelum ni. Sorang-sorang pindah keluar. Tapi dalam rasa sedih aku tumpang gembira sebab housemate aku dah kahwin! So dah ada orang tolong 'jaga'kan. Tinggal la aku.....huk huk. Ok, masa untuk cari new housemate! :p


~ Awal-awal pagi ni pulak dah rasa lemah semangat sebabnya on the way pergi kerja, nyaris-nyaris nak x-cident. 2 kali lak tu....orang nak langgar. Apa comel sangat ke kereta aku tu yang sampai orang boleh x nampak? tapi alhamdulillah nothing happen. Sila berhati-hati (peringatan untuk diri sendiri jugak!)

~ Tengah mem'bz' kan diri buat kerja, tetiba dapat tahu kawan aku x dapat sambung kontrak kerja kat sini lagi. Hmmm....sedihnya rasa. Mahu x nya, dia merupakan salah sorang yang aku rapat. Dah anggap macam adik sendiri dah. Bile kena outstation memang selalu pergi bersama-sama....makan sama, ambil gambar bersama, ushar pakwe sama-sama, tidur sebilik (sebantal je x pernah lagi hahaaa). Hmmm....banyak betul kenangan bersama. Rasa masa berlalu terlalu pantas...... Apa pon, gud luck 4 you! Mungkin rezeki kau di tempat lain. 



*** Sabar la wahai hati.....moga dapat tempuhi Oktober dengan penuh senyuman. I'll try to think +ve and be +ve. Insya-allah   ^_* 


Friday, 27 September 2013

• 1 minit •


1 minit ....

Penangannya amat kuat dalam hidup aku especially dari hari Isnin sampai Jumaat. Sebabnya....1 minit tu lah boleh sebabkan aku lambat nak thumbprint. Bila lambat 1 minit, muncul lah angka 8.01 dekat laporan biometrik aku. Oh tidakkkk!!!! itulah benda yang aku cuba elakkan. Maybe opis orang lain x ada hal sangat lewat seminit dua ni tapi kat opis aku ni, x ada maknanya! 


Tapi kadang-kadang tu termuncul gak 8.01. Bukan aku sengaja nak datang lambat tapi aku memang tak suka sampai awal-awal. Bukan kena bukakan pintu opis pon. hehe...Selalunya aku akan sampai dekat opis ngam-ngam or cun je masa untuk thumbprint.


So bila tengok jam hampir ke 8.00 pagi tu start la emosi jadi x begitu stabil. Mula la rasa nak marah dan maki orang di pagi hari. Silap-silap bertukar jadi ADUDU kejap. Mana tak nya, kekadang tu syok-syok aku pecut laju tetiba ada pulak yang bawa kereta macam siput! 


"Woittttt.......aku dah lambat la! Ko nak pergi makan angin ke apa? Terhegeh-hegeh!" ---- hampir setiap pagi aku akan membebel sorang-sorang dalam kereta sambil follow rapat sikit dengan kereta depan aku, petanda suruh tekan minyak lebih sikit. Laju la woiiiit....


Lagi satu hal, aku memang cukup bengang dengan orang yang terhegeh-hegeh nak parking ikot 'bontot' kereta dulu. Keluar-masuk petak kereta tu mahu dekat 10 kali kot! Dua tiga kali tu boleh dimaafkan lagi. Agak-agak la orang lain pulak nak tunggu ko siap parking! Silap-silap haribulan boleh jammed. Bersusun kereta dok tunggu ko sorang siap parking. So dah tahu x berapa nak expert, x payah la nak parking style camtu atau bagi la laluan dulu dekat kereta-kereta lain. Disebabkan ko 'keluar-masuk' petak kereta tu dekat 10 kali la....boleh sebabkan aku lambat nk thumbprint. 


1 minit pon amat berharga la woiii!!!! 


~menguji kesabaran betul di pagi hari! sabar...sabar dan sabar ~